Wednesday, 7 June 2017

KECEKAPAN TENAGA VS PENJIMATAN TENAGA.









Kecekapan tenaga

• aplikasi teknologi yang cekap, seperti motor yang cekap tenaga yang tinggi, lampu, dan lain-lain.


• melibatkan kos pelaburan dan memerlukan pakar untuk mengenal pasti teknologi yang betul. Kecekapan tenaga kebanyakannya digunakan untuk industri.



 Penjimatan tenaga

•penggunaan tenaga secara cekap, seperti memadamkan lampu dan peralatan elektrik apabila tidak diperlukan, menggunakan cahaya matahari.

• tidak melibatkan kos namun memerlukan perubahan tingkah laku pengguna sahaja..

KONSEP KECEKAPAN TENAGA?

 -kecekapan tenaga boleh dirujuk kepada penggunaan tenaga secara berhemah dan bijak.
    -ia merupakan tindakan yang menggunakan tenaga yang sedikit untuk menyempurnakan sesuatu pekerjaan atau tugas yang sama
  -kecekapan tenaga juga dengan cara penggunaan  tenaga dengan jumlah yang sama atau kurang tetapi menghasilkan keputusan yang lebih baik.
    -Penggunaan tenaga yang kurang untuk menyempurnakan kerja yang sama dapat menjamin kepada keselesaan
  -Contoh kecekapan tenaga ialah seperti, di rumah atau  bangunan komersial. Dengan hanya menggunakan tenaga yang sedikit untuk memanaskan, menyejuk dan penggunaan tenaga lampu dalam bangunan. Tambahan lagi, Ia juga boleh melibatkan penggunaan peralatan yang cekap tenaga dengan  menggunakan tenaga yang sedikit.
  -Selain itu, penggunaan  tenaga yang sedikit juga boleh digunakan di kilang-kilang dan sektor pembuatan dalam  mengeluarkan produk dalam kuantiti yang sama. Penggunaan motor yang lebih cekap tenaga, sistem ”Drive”, sistem udara mampat yang kecekapannya tinggi dan peralatan industri yang lain


Kecekapan tenaga

•   aplikasi teknologi yang cekap, seperti motor yang cekap tenaga yang tinggi, lampu, dan lain-lain.

•    melibatkan kos pelaburan dan memerlukan pakar untuk mengenal pasti teknologi yang betul. Kecekapan tenaga kebanyakannya digunakan untuk industri.

 Penjimatan tenaga

•  penggunaan tenaga secara cekap, seperti memadamkan lampu dan peralatan elektrik apabila tidak diperlukan, menggunakan cahaya matahari.


•  tidak melibatkan kos namun memerlukan perubahan tingkah laku pengguna sahaja.




JIMAT TENAGA TIDAK SEMESTINYA CEKAP TENAGA, TAPI CEKAP TENAGA PASTINYA AKAN JIMAT TENAGA!


KEPENTINGAN KECEKAPAN TENAGA
1.kos

    -Dapat menjimatkan tenaga dan wang

    -meningkatkan keuntungan yang tinggi

2.perlindungan alam sekitar

    - persekitaran yang lebih bersih kerana kurang pencemaran udara

  - dapat melindungi alam sekitar dari pencemaran akibat penggunaan   bahan api untuk menjana tenaga elektrik

3.jaminan keselamatan bekalan

    -memanjangkan jangka hayat sumber-sumber asli seperti bahan api fosil, gas dan arang batu


     -mengoptimumkan bahan api fosil yang terhad dan semakin berkurangan



FAKTOR KEGAGALAN KECEKAPAN  TENAGA
-TIADA KESEDARAN

     Industri yang menggunakan tenaga elektrik banyak diberikan diskaun.

    Kesannya, menggalakkan pembaziran kerana ia adalah lebih murah untuk membazir daripada menjadi cekap tenaga.

-PELABELAN BARANGAN ELEKTRIK KURANG MEMUASKAN

   Label hanya digunakan untuk peti sejuk bagi pengguna domestik, dan Motor

  Kecekapan Tinggi (High Efficiency Motors-HEM) bagi pengguna industry



 EKO-LABEL

    -suatu sistem pelabelan untuk barangan pengguna (termasuk makanan) yang dihasilkan bagi mengelakkan kesan  berbahaya terhadap alam sekitar.

   -Sistem pelabelan Eko meliputi kedua-dua makanan dan barangan pengguna.

     -Eko-label memudahkan pengguna untuk memilih barangan mesra alam "green products".

    -dapat membantu para pengguna untuk mengenal pasti barangan yang mesra alam.

    -contoh, penggunaan ekolabel dapat digunakan untuk barangan yang tidak mengandungi kluorofluorokarbon (CFC). CFC adalah gas yang merosakkan lapisan ozon.

    -Ekolabel juga terdapat pada barangan yang boleh dikitar semula dan juga barangan yang mempunyai pengguna tenaga yang efisien serta menjimatkan tenaga.

    -Di Malaysia, kita memerlukan penggunaan minyak yang banyak untuk menghasilkan tenaga untuk kenderaan.

    -Barangan pengguna di rumah yang paling banyak menggunakan tenaga adalah peti sejuk. Suruhanjaya Tenaga Malaysia telah membangunkan skim pelabelan kecekapan tenaga elektrik. Kecekapan penggunaan  tenaga bagi peti sejuk contohnya disahkan dengan menggunakan kaedah ujian yang diiktiraf dan disokong oleh Suruhanjaya Tenaga. Penilaian Tenaga bertaraf 5 bintang menunjukkan penjimatan tenaga yang paling tinggi.



KECEKAPAN TENAGA DI SEKOLAH DAN BANDAR MARAN


1.PENGGUNAN TELEFON AWAM SOLAR

   -SMK Cedung Jaya, telah memanfaatkan  penggunaan tenaga secara berhemah dan bijak. Antara contohnya ialah penggunaan  telefon awam yang menggunakan tenaga solar. Penggunaan tenaga solar yakni sumber yang boleh diperbaharui dapat menjimatkan penggunaan tenaga.

2.SALURAN SINKI MENGAIRI NURSERI

  -Selain itu, terdapat juga kemudahan mengairi nurseri dengan menggunakan saluran air sinki. Di kantin SMK Cedong Jaya Maran, telah adanya kecekapan tenaga melalui kaedah tersebut. hal ini dapat menjimatkan tenaga manusia untuk mengairi kawasan nurseri. Justeru, cara penggunaan  tenaga dengan  jumlah yang sama atau kurang tetapi menghasilkan keputusan yang lebih baik

3.KINCIR ANGIN

    -Di Taman Tasik Maran, penggunaan kincir angin telah digunakan. Kincir angin ini mendukung pelbagai fungsi antaranya ialah, sebagai penjana kuasa elektrik, penyaluran air dan dapat mengatasi masalah banjir.





SUMBER TENAGA

-Sumber tenaga merupakan sumber kuasa yang penting di Malaysia.

- Terdapat dua sumber tenaga iaitu sumber yang boleh diperbaharui dan sumber yang tidak boleh diperbaharui.


Sumber tenaga yang boleh diperbaharui

-tenaga hidroelektrik

-tenaga suria

-tenaga biomass.


Sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui 

-tenaga terma

- tenaga nuklear



sumber tenaga yang boleh diperbaharui


  -Tenaga hidroelektrik dijalankan oleh kuasa air dengan menggunakan turbin hidro. Empangan  biasanya dibina di kawasan tanah tinggi di hulu sungai.  Kuasa hidroelektrik Malaysia mempunyai potensi yang tinggi untuk menghasilkan kuasa hidroelektrik kerana menerima hujan sepanjang tahun.

   -Tenaga suria juga dikenali sebagai tenaga solar yang diperoleh daripada pancaran cahaya matahari.

  - Tenaga biomass boleh diperoleh melalui proses kitar semula iaitu menggunakan sisa-sisa pertanian,industri dan bahan buangan haiwan. Tenaga biomass berpotensi sebagai sumber tenaga alternatif untuk bio bahan api,bio tenaga dan bio produk.


sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui


  -Tenaga terma memerlukan sumber alam untuk menghasilkan tenaga dan tenaga ini juga dikenali sebagai kuasa elektrik haba. Tenaga terma akan kehabisan jika sumber alam yang digunakan untuk memprosesnya habis digali

    -Tenaga nuklear dihasilkan oleh uranium dan plutonium.